Kerajaan Anjur Konvensyen Pondok Kebangsaan

Selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengarus-perdanakan dan memperkasakan institusi pendidikan pondok di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Konvensyen Pondok Kebangsaan 2019 pada hari rabu 28/2/2019 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Konvensyen satu hari penuh ini akan menghimpunkan semua guru-guru pondok dari seluruh Malaysia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dijadualkan untuk merasmikan dan menyampaikan ucap utama di konvensyen tersebut.

Antara kertas yang akan dibentangkan pada konvensyen tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan pondok-pondok di zaman baru dan pengembangan system pendidikan pondok agar selarasn dengan keperluan semasa tanpa meninggalkan nilai dan asas kepada system pendidikan pondok.

Pada 8/1/2019 yang lepas, Kementerian Kewangan telah menyerahkan cek berjumlah RM25 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Rawa untuk disalurkan ke 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar.

Peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 berkenaan adalah sebahagian inisiatif kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu melicinkan operasi institusi terbabit.

Biasanya peruntukan akan diberikan secara berfasa sepanjang tahun dan bukan pada Januari akan tetapi pada tahun ini peruntukan diberikan lebih awal.