Kepimpinan yang tegas diperlukan pada masa ini, kata ahli ekonomi terkemuka

Kepimpinan yang tegas diperlukan pada masa ini, kata ahli ekonomi terkemuka

Kepimpinan yang tegas diperlukan pada masa ini, kata ahli ekonomi terkemuka. Usaha untuk mengembalikan keadaan ekonomi seperti biasa tidak akan berkesan tanpa kepimpinan yang tegas, kata ahli ekonomi terkemuka dan pengerusi Yayasan Mahkota, Kamal Salih

Beliau menggesa agar kerajaan “berbelanja besar” dan menghentikan apa yang digambarkannya sebagai pendekatan sedikit demi sedikit yang diambil untuk membantu rakyat dan perniagaan sejak wabak bermula.

“Kita dah ada enam pakej rangsangan, tak termasuk Belanjawan. Atas kertas, jumlah yang dibelanjakan nampak besar tetapi jika dilihat suntikan fiskal langsung, sebenarnya tidak begitu banyak apabila diambil kira skala krisis Covid-19.

“Kita melakukan segalanya dalam jumlah kecil, beberapa bilion ringgit pada satu masa. Itu salah, tidak cukup,” kata Kamal.

Menurutnya, kerajaan perlu berbelanja besar untuk membantu rakyat serta perniagaan dan sepatutnya tidak terlalu konservatif kerana negara mampu meminjam lebih banyak wang.

Kamal Salih.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kestabilan politik, ketidakpercayaan terhadap kerajaan dan perubahan berterusan dasar yang menimbulkan ketidakpastian dalam pasaran yang sudah rendah keyakinannya, kata Kamal, yang juga bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Kepimpinan

Dilaporkan baru-baru ini persatuan perniagaan asing menyuarakan keprihatinan mereka kepada kerajaan mengenai prosedur operasi standard (SOP), termasuk perlunya peraturan yang jelas dan konsisten, selain pendekatan yang lebih disasarkan.

“Malaysia perlu kepimpinan yang kuat dan tegas, bukan yang teragak-agak,” katanya.

Shaun Cheah.
Beliau berkata, rakyat mesti belajar hidup dengan Covid-19 dan kerajaan perlu memastikan program vaksinasi berjaya dan pelaburan yang cukup dibuat bagi sistem penjagaan kesihatan untuk menangani jumlah kes yang tinggi.

“Ini bukan mainan ‘zero sum’. Kita harus membenarkan orang pergi bekerja dan mencari nafkah, bukannya ‘mengunci’ negara dan memaksa mereka bergantung kepada bantuan kerajaan yang tidak cukup untuk menampung hidup,” katanya.

Kamal berkata, sebarang rancangan atau langkah hanya akan menangani gejala selagi negara ini tidak mempunyai kepimpinan yang tegas dengan rancangan yang jelas dan kukuh untuk mengeluarkan Malaysia daripada krisis.

Ameer Ali Mydin.
Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Shaun Cheah berkata, kerajaan perlu melibatkan industri dengan cara yang lebih bermakna.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bekerja dengan baik dengan kami, tetapi kami terima aduan mengenai cara pasukan penguatkuasaan menafsirkan SOP, yang menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Ahli perniagaan terkemuka Ameer Ali Mydin berkata, SOP tidak jelas dan berubah-ubah yang menyukarkan perniagaan untuk beroperasi perlu dielakkan.

Apabila bercakap mengenai sekatan, pihak berkuasa harus memilih pendekatan yang bersasar, bukannya sekatan menyeluruh, tambah Ameer, yang juga penasihat sekumpulan 131 persatuan perniagaan yang dipanggil “Business Survival Group” (Kumpulan Kelangsungan Perniagaan).

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/12/tingkatkan-belanja-elak-pendekatan-sedikit-demi-sedikit-putrajaya-diberitahu/

Jika terlepas: Padah buat ‘surprise’ hari lahir rakan, 6 remaja dikompaun