Kenapa stokin pemain bola sengaja dilubangkan? Rupanya ini fungsinya

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Ramai peminat bola akan memberi tumpuan kepada aksi dan corak permainan pasukan ketika dalam perlawanan

Kebanyakan dari mereka akan memperhatikan pergerakan bola serta nama dan nombor pemain yang tertera pada baju mereka.

Bagi beberapa penonton yang lebih peka, mereka mungkin akan mengesan satu keanehan pada pemain-pemain tersebut – adanya stoking berlubang pada bahagian betis mereka.

Kenapa stokin pemain bola sengaja dilubangkan? Rupanya ini fungsinya

Walaupun gaji mereka cukup untuk membeli sepasang stoking baru jika perlu, mengapa mereka masih memakai stoking yang rosak? Atau adakah mereka sengaja membuat lubang pada stoking tersebut? Jika ya, apakah sebabnya? Mungkin manusia biasa akan berasa tertekan melihat stoking mereka koyak.

Namun, sebenarnya terdapat alasan disebalik amalan ini. Salah satu sebab adalah kerana pemain percaya bahawa membiarkan aliran darah berjalan lancar adalah penting.

Menurut portal Goal, pemakaian stoking membantu mengurangkan tekanan pada otot betis. Stoking yang ketat boleh memberi kesan kepada pemain bola dengan otot besar pada bahagian kaki mereka.

Hal ini menyebabkan stoking tersebut menyempit pada kaki mereka dan memberi tekanan tambahan. Oleh itu, membuat lubang pada stoking dapat membantu mengurangkan masalah ini dan meningkatkan prestasi permainan mereka.

Pemain bola elit melakukan ini untuk mengelakkan kekejangan kaki semasa perlawanan. Jude Bellingham dari pasukan England adalah salah satu pemain yang dilihat melakukan amalan ini.

Sebelum ini, Kyle Walker dan Danny Rose dari pasukan England juga dikenali memakai stoking yang berlubang-lubang pada bahagian betis.

Bekas pemain Valencia, Ezequiel Garay, pernah dipaksa menukar stokingnya yang rosak dengan yang baru oleh pengadil kerana dianggap tidak mencerminkan etika pemakaian dalam sukan.

Beberapa pemain, seperti Jack Grealish, juga dilaporkan memakai stoking pada paras yang lebih rendah.

BACA: “Masuk bulan ketiga kami kahwin, saya disahkan hamil, saya rasa diri saya jijik, tak ubah macam pelacur”