Kenapa OPR naik kaw-kaw? Memang wajib ke OPR naik? Ini penerangan mudah faham OPR untuk rakyat marhaen

Oleh INFORAKYAT

Kenapa OPR naik kaw-kaw? Memang wajib ke OPR naik? Ini penerangan mudah faham OPR untuk rakyat marhaen.

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Kenapa OPR naik kaw-kaw? Memang wajib ke OPR naik? Ini penerangan mudah faham OPR untuk rakyat marhaen

Kenapa OPR naik?

Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Selain untuk membendung inflasi, OPR yang naik ini secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Apa Akan Jadi Kalau OPR Naik Lagi?

Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Baca siri BNM Kongsi tentang cara OPR mempengaruhi pertumbuhan.

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai dasar monetari termasuk OPR, baca Soalan Lazim di bnm.gov.my/mp-faq

OPR Naik : Bagaimana Ia Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Seperti bank-bank pusat lain di seluruh dunia, BNM menaikkan OPR bagi menguruskan risiko kenaikan harga.

Menurut BNM, apabila ekonomi lemah (semasa COVID-19), OPR telah diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan.

Melalui OPR yang rendah, anda akan mendapat:

-Pinjaman lebih murah
-Kadar deposit lebih rendah
-Tindakan mengekalkan OPR terlalu rendah terlalu lama boleh mengakibatkan -perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan yang menjejaskan kenaikan harga.

Ini terumatamanya menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah.

Apabila ekonomi semakin pulih, BNM sedang melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan terkawal.

Bank pusat lain juga telah menaikkan kadar mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan lebih cepat.

OPR yang lebih tinggi membantu untuk mengawal risiko kenaikan harga yang disebabkan oleh pinjaman dan perbelanjaan yang terlalu banyak.

Kenaikan OPR tidak menggalakkan perbelanjaan apabila kos pinjaman lebih tinggi (untuk pinjaman kadar terapung sahaja).

Walaupun kesan perubahan OPR lebih cepat kelihatan dalam pasaran kewangan, kesan terhadap ekonomi secara lebih meluas akan mengambil masa.

Kesan ini ibarah memperlahankan sebuah lori yang laju dengan menekan brek daripada awal secara perlahan-lahan.

Ia akan mengambil sedikit masa untuk lori diperlahankan kepada kelajuan yang lebih selamat.

BACA:

“Aku berserah je naik teksi ke airport dari rumah, sebelum naik tu, mak cuma cakap sebaris je tapi aku ingat sampai sekarang pesanan dia”

Lelaki ini ada 600 orang anak undang persoalan netizen berapa isteri dia sebenarnya?