Kenapa lipas dipanggil ‘lipas’? tapi bila lipas terbang ramai sebut ‘babi’? Ini asal usul nama lipas ramai tak tahu

Kenapa lipas dipanggil ‘lipas’? tapi bila lipas terbang ramai sebut ‘babi’? Ini asal usul nama lipas ramai tak tahu

Kewujudan serangga lipas di atas muka bumi ini telah diketahui oleh masyarakat sejagat susulan ia adalah salah satu haiwan perosak yang agak kotor selain ditakuti ramai.

Kebiasaannya, lipas akan ditemui berkeliaran di bahagian dapur pada waktu malam kerana ia mencari sumber makanan, lebih-lebih lagi di kawasan berdekatan tong sampah.

Kenapa lipas dipanggil 'lipas'? tapi bila lipas terbang ramai sebut 'babi'? Ini asal usul nama lipas ramai tak tahu

Pun begitu, pernah tak terfikir kenapa lipas dipanggil lipas?

Ini sebab kenapa dipanggil ‘Lipas’

Lipas merupakan satu nama yang menarik, terutama bagi penutur bahasa Inggeris, di mana serangga itu dieja sebagai cockroach.

Kalau nak tahu, perkataan lipas (cockroach) berasal dari Sepanyol dan dalam bahasa Sepanyol ia disebut ‘cucaracha’. Istilah tersebut telah wujud sejak awak 1600-an.

Selepas orang Inggeris mengenali serangga tersebut dan ketika ia semakin dikenali, maka telah tercipta satu nama lipas dalam bahasa Inggeris yang diguna pakai pada waktu sekarang, cockroach (lipas).

Nama lipas agak mengelirukan dan membimbangkan bagi mereka yang merupakan penutur bahasa Inggeris.

Nama itu dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan nama slanga biasa anatomi manusia.

Pakar tidak mengetahui tahun sebenar lipas mula wujud namun kita semestinya sudah tahu bahawa serangga itu telah wujud sejak sekian lama.

Tanda pertama tentang kewujudan lipas ditemui lebih 300 juta tahun dahulu semasa Carboniferous Era. Walaupun lipas purba sedikit berbeza daripada lipas zaman moden, ia adalah daripada keluarga dan keturunan yang sama.

Sejak Carboniferous Era, terdapat banyak spesies lipas yang ‘datang dan pergi’. Seperti yang dikatakan, kebanyakan lipas moden sebenarnya lebih besar saiznya daripada lipas pada zaman prasejarah.

Akan tetapi, lipas moden dan lipas prasejarah berasal dari keluarga yang sama. Jadi kedua-duanya kelihatan agak serupa antara satu sama lain.

Kendatipun, terdapat beberapa perbezaan utama, antaranya lipas pada zaman dahulu memiliki bahagian ovipositor tiub yang membantu ia bertelur.

Sementara itu, lipas moden pula tidak mempunyai bahagian tersebut dan lipas prasejarah sebenarnya jauh lebih kecil daripada lipas zaman moden.

Lipas selalu buat apa?
Lipas selalunya hidup dalam persekitaran yang hangat, lembap dan gelap. Ia juga adalah serangga sosial, berkumpul dalam kumpulan untuk terus hidup dan berkembang dengan baik.

Serangga itu adalah omnivor yang memakan tumbuhan, haiwan bahkan turut memakan jenisnya sendiri. Tahu tak sebenarnya, lipas meneruskan hidup dengan memakan apa sahaja yang ditemui? Oleh sebab itu, ia turut digelar pemakan sebagai oportunistik.

Kredit: AFP
Walaupun keupayaannya adalah membawa apa sahaja dalam badan, lipas yang sering membawa penyakit dan bakteria berbahaya juga turut ‘membantu’ dalam kitaran ekologi.

Faedah ekologi tersebut adalah seperti mengangkut debunga untuk meningkatkan pembiakan tumbuhan dan menambah nitrogen ke dalam tanah.

Dari sini kita boleh tahu, bahawa bersosial, makan, mengangkut dan membiak adalah fungsi utama lipas.

Aktif pada waktu malam
Ramai yang mengetahui, lipas adalah serangga yang aktif pada waktu malam di mana ia akan mula keluar memburu dan mencari makanan pada waktu tersebut.

Walaupun lipas lebih suka kegelapan, ada sesetengah daripadanya agak tertarik dengan lampu atau cahaya terang, hingga membuatkan kawasan beranda di luar rumah menjadi tempat ‘kegemarannya’.

Sementara itu, bagi spesies lipas yang hidup di kawasan sejuk, ia akan berhibernasi sepanjang musim sejuk dan hanya akan keluar apabila cuaca lebih panas pada musim bunga.

Ada bunyi ke lipas ini?
Kadang-kadang mesti nak tahu, lipas ini ada bunyi atau tidak. Untuk pengetahuan lipas selalunya tidak mengeluarkan bunyi.

Sekiranya serangga itu berkumpul dalam satu kumpulan yang kecil, kita mungkin hanya dapat mendengar bunyi ia merangkak atau mengepakkan sayapnya sahaja.

Sesetengah daripada serangga itu mengeluarkan bunyi mendesis seperti lipas Madagascar, yang menandakan bahawa ia berada dalam ketakutan atau sedang menarik pasangan.

Haiwan yang makan lipas
Hidupan di Bumi sudah ditetapkan berada dalam kitaran rantaian makanannya bagi mengimbangi populasi spesies, termasuklah lipas sendiri.

Justeru, pemangsa semula jadi membantu memastikan populasi lipas tidak membesar secara tidak terkawal, sekali gus menyumbang kepada keseimbangan ekosistem.

Sebagai sumber makanan untuk makhluk hidup yang lain, lipas juga memainkan peranan penting dalam rantaian makanan dan mengekalkan dunia dalam kitaran yang seimbang.

Di alam liar, cicak adalah pemangsa lipas yang paling biasa. Walaupun kebanyakan reptilia ini tidak mempunyai gigi, ini tidak menghalang ia memakan lipas tersebut.

Sebaliknya, ia bergantung kepada proses pencernaan untuk melemahkan abdomen serangga itu dan mengubahnya menjadi nutrien.

Berikut merupakan jenis cicak yang memakan lipas, termasuk tokek rumah (common house gecko), skink taman (Common garden skink), bunglon bertudung (veiled chameleons), pogona (bearded dragons) dan iguana.

Manakala, serangga yang memakan lipas ialah tebuan lipas zamrud (emerald cockroach wasp), mentadak dan lipan.

Sementara itu, labah-labah pula termasuk labah-labah pemburu dan labah-labah bertapa adalah antara pemangsa bagi lipas.

BACA: Anak tergamak ‘kebas’ duit bapa bernilai RM328 ribu! Ini sebab sebenar anak nekad kebas duit orang tuanya sendiri