Kenalkah Muhyiddin siapa mereka ini ?

Kenalkah Muhyiddin siapa mereka ini ?

Dari mana Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat duit yang begitu banyak untuk berbelanja dalam Pakej Rangsangan Ekonomi?

Ramai yang sudah lupa dengan individu-individu ini yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli majlis penasihat membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

Mereka dihormati dan digeruni kerana kebijaksanaan berfikir dan mengurus Hal Ehwal Ekonomi. Mereka bukan ahli politik, tetapi mereka adalah ahli perniagaan dan pakar ekonomi yang amat diperlukan dalam menasihati Pakatan Harapan.

1. Tun Daim Zainuddin, merupakan bekas Menteri Kewangan dan seorang Ahli Pernigaan yang amat berjaya. Memulakan bisnes pertama dengan menjual garam.

2. Tan Sri Hassan Merican, merupakan seorang ahli ekonomi, akauntan berjaya dan ahli korporat. Beliau adalah antara orang yang bertangungjawab membangunkan Petronas.

3. Robert Kuok, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau pernah direkodkan sebagai orang paling kaya di Malaysia dan antara 6 terkaya di Adia Tenggara. Terkenal dengan jolokan Raja Gula dan Raja Minyak masak.

4. Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, merupakan Gabenor Bank Negara yang ke-7. Beliau juga merupakan orang yang terbukti mempunyai kepakaran dalam ekonomi. Bermula sebagai penganalisis Ekonomi, beliau juga pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah.

5. Jomo Kwame Sundaram, merupakan seorang pakar kajian ekonomi dan penganalisis terbilang. Beliau banyak terlibat secara langsung dengan pelbagai Institut Kajian Ekonomi dan United Nation.

Seluruh Malaysia bersyukur dengan pengumuman ini. Terima Kasih Tun Mahathir. Mereka adalah the real Avengers. Mereka adalah The Magnificent Five.

Kini mereka sudah tiada selepas kerajaan Perikatan Nasional ambil alih. Satu kerugian yang besar buat negara. Tan Sri Hassan Merican pun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Khazanah dan telah kembali ke Singapore.