Kena pukul dengan penduduk kerana hantar jenazah pesakit Covid-19

Kena pukul dengan penduduk kerana hantar jenazah pesakit Covid-19

Kena pukul dengan penduduk kerana hantar jenazah pesakit Covid-19. Seorang pemandu ambulans dipukul penduduk kampung ketika menghantar jenazah pesakit Covid-19 ke rumah mangsa.

Kejadian berlaku di Desa Sukarapih, Kecamatan Cibeureum, Jawa Barat Selasa lalu selepas mangsa dituduh menyebabkan pesakit itu dijangkiti wabak berkenaan.

Ketua Polis Cibingin, Asep Alamsyah mengesahkan perkara itu, lapor TribunNews.

“Kami menangkap dua orang penduduk kampung yang dipercayai melakukan kekerasan ke atas pemandu terbabit,” katanya.

penduduk

Asep berkata, pemandu berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Pengarah Rumah Sakit Umum Daerah 45 Kuningan, Dr Deki Saefullah berkata, pemandu itu dituduh menyebabkan jangkitan Covid-19 kepada mangsa yang meninggal dunia itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa itu disahkan menghidap wabak berkenaan selepas mendapatkan rawatan dan mempunyai sejarah penyakit paru-paru.

Sejak pandemik  Covid-19 melanda, tersebar khabar angin di Indonesia hospital bertanggungjawab menyebabkan penyakit itu.

Ia menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kumpulan, yang mempercayai tuduhan itu dan sebaliknya.

Mengulas mengenainya Perhimpunan Rumah Sakit Seluruh Indonesia (Persi) berkata, tidak ada satu pihak pun yang melakukan perbuatan seperti itu.

Setiausaha Agungnya, Lia Gardenia Partakusuma berkata, tuduhan seperti itu bersifat peribadi.

“Kami sama sekali tidak mahu ada rumah sakit yang sengaja menyebarkan penyakit ini,” katanya.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/725729/dipukul-hantar-jenazah-pesakit-covid-19

Jika Anda Terlepas: Rakyat Malaysia suntik AstraZeneca mungkin bermasalah ke Eropah