Kena caj kuah RM1, video lelaki mengamuk depan peniaga jadi tular

Kena caj kuah RM1, video lelaki mengamuk depan peniaga jadi tular. Sudah menjadi adat dalam berniaga yang mempunyai pelbagai cabaran menangani masalah khususnya apabila berdepan krisis dengan pelanggan.

Menerusi satu hantaran di media sosial milik faraysoff, dia yang merupakan peniaga gerai makanan didatangi seorang pelanggan lelaki yang berhasrat untuk membungkus kuah bagi juadah yang dibeli.

Namun, situasi itu menjadi tegang dan berlaku pertengkaran mulut bersama pelanggan terbabit apabila kuah lebih yang hendak dibungkus turut dicaj RM1 oleh peniaga berkenaan.

Baca Artikel Penuh