Kena buat PRU segera, kata Ahmad Maslan

Ahmad Maslan

Kena buat PRU segera, kata Ahmad Maslan.Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira momentum Barisan Nasional (BN) yang baik ketika ini terutamanya selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Momentum sangat baik ketika ini, kalau lambat takut orang lupa. Kemenangan dua pertiga yang diperoleh ketika PRN Melaka pada Sabtu lalu memberi gambaran sokongan padu yang diterima parti.

“Berhubung PRU15, ia akan dibincangkan selanjutnya dengan pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan Ziarah Kasih di Kampung Dalam Pontian di sini pada Isnin.

PRU

Datuk Seri Ahmad Maslan

Memetik laporan sinar harian , Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO menyuarakan pandangan itu kepada Perdana Menteri pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi PRN Melaka.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan kemenangan BN pada PRN Melaka disebabkan kombinasi pelbagai faktor antaranya jentera parti, calon muka baharu, kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membantu kempen UMNO dan BN.

“Pada mulanya ramalan hanya menang 18 ke 20 kerusi sahaja, tetapi lebih manis apabila mencapai kemenangan dua pertiga. Ini menunjukkan angin perubahan rakyat dan pengundi yang mahukan kerajaan BN di Melaka.

Beliau juga menjelaskan “Kombinasi pelbagai faktor jadi resipi kemenangan BN. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang jalani rawatan di Jerman beberapa kali menghubungi pemimpin, jentera dan calon melalui sidang video,” ujarnya.

BACA: Kerjasama dengan PN : “Kita sentiasa mengkaji”, kata Pas

Artikel ini disiarkan pada 22/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)