Ramai yang berbangga dengan group BMF kononnya mencapai followers melebihi 1 juta orang.. Samalah seperti PAS berbangga ahlinya melebihi 1 juta ahli.. Baguslah kita mempunyai pengikut dan ahli yang ramai, gunakan lah kelebihan itu untuk Manfaat Ekonomi dan Politik Islam..
Sekurang kurangnya BMF boleh jadi Portal yang mempromosikan produk usahawan muslim.. atau mewujudkan Portal seperti Lazada dan Shoppe melakukan urusan jual beli sesama muslim.. bayangkan keahlian BMF melebihi Page Lazada dan Shoppe..
Tapi Malangnya, yang jadi Masalah besar Ummat Islam, Ekonomi dan Politik Islam hari ini, Ahli dan pengikut yang ramai dijadikan tempat menyebarkan Kebencian Kaum dan Agama.. Tapi kita maklum dibelakang gerakan ini adalah kelompok pemodal dan Kleptokrat yang kehilangan kuasa..
Memang tujuan depa timbulkan kebencian dan sentimen Kaum dan Agama.. timbulkan ketegangan dan mensabotaj Ekonomi Negara.. Ramai yang tidak nampak siapa dibelakang mereka, sebagaimana momentum fenomena BMF, begitu juga fenomena Bossku dia media maya.. ia datang dari sebuah perencanaan dibelakang tabir.. Mufti dan Ahli Hadis memang takkan membaca perencanaan ini..
Bayangkan, Hampir setiap hari portal itu menyebarkan Kebencian, Ini produk Muslim, Ini produk Cina.. Ini produk Muslim, Ini Kafir.. Ini Tauke nya Melayu, ini taukenya Cina.. Mereka bukan sebarkan kelebihan dan kebaikan Produk mereka..bantu membantu sesama mereka..tetapi menyebarkan Kebencian produk dan Syarikat orang lain… Inilah Realiti Ekonomi Ummat Islam dan Melayu hari ini..
Mereka Bani Melayu kalau berniaga, tidak sah mempromosikan produk dan kedai mereka, tanpa memburukkan produk orang Lain, Memburukkan Kedai dan premis orang lain.. Ini antara sebab Besar Melayu tak boleh maju.. bersarangnya sifat hasad dan dengki..Akhirnya perniagaan Melayu bukan semakin maju, tetapi melingkup akibat dari sikap mereka sendiri….
Bukan hanya Dalam Ekonomi.. Hatta dalam Politik pun macam tu lah.. Mereka berbangga dengan Parti Politik mereka, Tidak sah tidak memburukkan parti lain, Untuk Nampakkan Parti mereka lebih Islam, tidak sah kalau Tak Mengkafirkan Parti dan Pemimpin lain.. Menceritakan kebaikan Agama dan Mazhab kita, Tak sah kalau tidak membidaah dan mentakfirkan Kepercayaan dan Agama yang lain.. ini Sifat yg sebati bagi Bani Melayu..Yang Herannya penyakit ini hari ini, virusnya Ashabiyah menyerang Intutusi Ulama dan Mufti..
Itu Sebabnya.. Biarpun ahli dan Pengikut mereka ramai.. mampu mengerahkan himpunan yang ramai.. Hakikatnya mereka bagai buih di Lautan.. Politik Kebencian dan Takfir mengkafir membuatkan bukan sahaja orang bukan Islam tidak mahu dekat kepada Islam, Hatta orang Islam sendiri lari dari mereka..
Bila kita menyebarkan Politik, hatta Membangunkan Ekonomi dengan Kebencian dan hasutan.. Ia takkan mampu pergi Jauh,Tak mampu pergi mana..Dalam Siyasah dan Muamalah begitu penting kita saling tolong menolong dalam perkara kebaikan hatta sesama bukan Islam..hakikatnya Ekonomi orang Melayu tetap disitu.. Melayu tetap terpinggir..
diwaktu PAS menyebarkan Politik dengan Rahmah, Tanpa politik Ashabiyah dan Kebencian.. Suatu ketika Mereka mampu menjual hampir setiap Minggu lebih 200,000 Cetakan Harakah dalam keadaan edaran mereka dihalang dan diharamkan.. sebabnya yang baca Harakah bukan hanya ahli.. tetapi orang awam.. tetapi hari ini biarpun ahli bertambah melebihi 1 Juta, jualan Harakah hanya tidak sampai 10 ribu Naskah, atau kata lainnya hanya 5% dari jualan dulu..
Itu Sebabnya Samada dalam Politik.. mahupun Ekonomi.. Dengan menyebarkan kebencian Kaum Dan Agama, Ia takkan Membantu..Malah ia akan menjauhkan Manusia dari kamu… Begitu juga dakwah Islam, Risalah Islam takkan menyentuh hati Manusia dengan Sifat keras, maki hamun , dan Kebencian…
Untuk Berjaya, Kita tak perlukan Ahli yang Ramai, Tak perlu menyemai rasa benci sesama Kaum, Tidak perlu burukkan Produk dan Kedai bangsa lain, Tidak perlu Munafik dan Takfirkan Muslim yang lain.. Tetapi ia datang dari hasil Kebijaksanaan, Hikmah seseorang…
kita dapat lihat hari ini.. Tak perlu kita bagi contoh kelompok Yahudi dan Cina bagaimana mereka berjaya.. cukuplah kita belajar dari gerakan Al-Arqam, Bagaimana jumlah pengikut Al-Arqam(Global Ikhwan) hari ini kecil.. Mereka hanya kelompok kecil.. Tetapi bagaimana mereka mampu berjaya dan menguasai Ekonomi.. Bukan sebab Aqidah mereka.. Bukan sebab ramainya penyokong mereka..Tetapi Kebijaksanaan mereka..cara mereka sebar Risalah dakwah mereka, mereka sebarkan kasih Sayang, Saling Tolong menolong sesama mereka…
Mereka tidak perlu katakan kamilah yang paling menepati Islam.. mereka tak perlukan kempen memburukkan Produk muslim lain, Hatta produk orang kafir dan Bukan Islam.. Tak perlu kempen Utamakan Produk Muslim, atau Utamakan parti islam sebagaimana saranan Ulama dan Mufti hari ini. Mereka membina Ekonomi, Menyampaikan Risalah Agama hanya sebagai tuntutan Ibadah kerana Allah..Berkasih sayang kerana Allah.. Itulah Gambaran Islam.. 🙂
Ipohmali