Rakyat perlu kembali kepada prinsip Rukun Negara yang menerapkan nilai-nilai murni bagi membolehkan rakyat hidup bersatu padu tanpa sengketa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Beliau berkata nilai-nilai murni itu berasaskan kedamaian, kesejahteraan, perpaduan, kesetiaan kepada raja dan negara, bersikap toleransi antara satu sama lain dan mempunyai semangat patriotisme yang jitu.
Menurutnya, keupayaan rakyat Malaysia hidup bersatu dalam suasana aman damai merupakan nilai kemerdekaan yang paling penting, selain merdeka daripada dijajah sejak 62 tahun lalu.
“…dan bagaimana kita telah pun menunjukkan kepada dunia bahawa nilai-nilai tersendiri rakyat daripada semua kaum, agama dan budaya di Malaysia boleh digabungkan untuk mengeratkan persahabatan di antara kita semua dan sebagai sumber kekuatan untuk kita bersama-sama membina negara berbilang kaum yang bukan sahaja berjaya dari sudut ekonomi tetapi juga dari segi sosial dan kenegaraan,” katanya di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Megamall yang disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta dihadiri kira-kira 10,000 hadirin.
Beliau berkata rakyat harus menghargai bagaimana negara ini berjaya dibina berasaskan semangat perpaduan dan patriotisme.
“Malaysia memiliki komposisi penduduk terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara,” katanya.
Kempen #KitaMalaysia yang berasaskan prinsip “Kemakmuran Bersama”, kata Gobind merupakan satu inisiatif diperkenalkan kerajaan ke arah hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai kaum, yang menjadi kunci utama untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam perjalanan negara mencapai matlamat telah ditetapkan secara menyeluruh.
“Dalam perkara ini semua rakyat Malaysia mempunyai peranan penting untuk memastikan bahawa kita semua bangga dengan pencapaian negara kita selepas 62 tahun merdeka,” katanya.
Gobind berkata anak muda juga perlu bersama-sama mengambil bahagian dengan kerajaan dalam membina masa depan negara.

Merujuk kepada Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, Gobind berkata ia menyokong peranan besar dan penting generasi muda dalam melakar carta dan hala tuju negara.
“Peranan anak-anak muda dalam bab pembinaan negara diiktiraf dan diberikan penekanan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pelbagai program dirangka Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi sambutan bulan kebangsaan tahun ini.
Antaranya, Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang; [email protected]; Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan; Pertandingan Pidato Kenegaraan; Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pameran Bersepadu Caring Bridgeserta lain-lain program yang melibatkan penyertaan seluruh rakyat Malaysia.
“Kerajaan amat menggalakkan pelbagai inisiatif dalam kalangan masyarakat bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia secara sukarela. Ini secara langsung memupuk semangat perpaduan dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia secara bersepadu, meriah dan harmoni,” katanya.
Beliau berkata konvoi kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 yang dilepaskan Dr Mahathir malam ini turut akan menjelajah sejauh 6,200 km sebagai simbolik Hari Kebangsaan ke-62 di 62 pit stop meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 16 Sept.
BERNAMA