Keluarga mangsa maut akibat banjir di Selangor dapat bantuan RM10,000 – MB

Selangor

Keluarga mangsa maut akibat banjir di Selangor dapat bantuan RM10,000 . Kerajaan negeri bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat bencana banjir yang melanda di negeri Selangor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan itu diberikan untuk membantu keluarga mangsa dalam meneruskan kehidupan mereka dan sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan negeri yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku.

Selain itu, turut dilancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit yang dikhaskan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan di negeri itu.

“Sebagai permulaan dan tanda sokongan, saya sendiri akan menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan dalam menggerakkannya.

“Semoga dengan kutipan dana yang akan dihasilkan, dapat meringankan beban mangsa terlibat,” katanya

BACA: Tular video pihak berkuasa halang orang ramai hantar bantuan banjir, ini penjelasan Polis
Penjawat awam tak lengkap vaksin ditangguhkan dari terima bantuan khas

Artikel ini disiarkan pada 21/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)