Kelibat ikan dengan sepit ketam muncul cetus persoalan netizen

Kelibat ikan dengan sepit ketam muncul cetus persoalan netizen.Laut yang luas terbentang memiliki pelbagai spesis haiwan yang hidup di dalamnya.

Malah umum sedia maklum masih banyak lagi hidupan di laut yang masih belum diterokai. Terutamanya yang hidup di laut dalam. Ini menjadikan hidupan ini agak misteri dan menjadi perhatian ramai apabila muncul di persisiran pantai.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seekor ikan dengan sepit ketam yang dibawa naik ke atas sebuah kapal telah mencuri perhatian warganet. Fizikal pelik hidupan ini memang cukup unik dan menjadi tanda tanya.

Tidak pernah pula lihat ikan memiliki sepit seperti ketam sebegini. Dalam rakaman pendek itu hidupan tersebut masih bernyawa dan diusik menggunakan alat. Berikut adalah perkongsian rakaman ikan dengan sepit ketam biru yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun hunterbruno98:

Kelibat ikan dengan sepit ketam muncul cetus persoalan netizen

@hunterbruno98 #bluecrat #mutant #lakeponchatrainpushinp ♬ Crab Rave – Noisestorm

Uish, aneh ya fizikal hidupan laut ini! Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 22 juta tontonan dan sejuta likes. Rata-rata warganet turut pelik menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau tengok dengan teliti, sepit itu datang dari ketam yang dimakan oleh ikan tersebut”

TONTON :

.

BACA:

Tak perlu tergesa-gesa bentang RUU anti lompat parti, kata Tuan Ibrahim

Ini tarikh mula bayar balik PTPTN sebaik sahaja tamat belajar

Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)