Kelantan jadi negeri paling mudah nak berpoligami, dah tak perlu ke Thailand

Kelantan jadi negeri paling mudah nak berpoligami, dah tak perlu ke Thailand. Undang-undang berpoligami di Kelantan paling mudah mudah berbanding negeri lain.

Mereka yang mahu berpoligami, tidak perlu pergi ke Thailand kerana boleh dilakukan di Kelantan dengan kos yang jauh lebih murah.

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusof, berkata mereka yang mahu berpoligami hanya perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah akan mempertimbang empat perkara, iaitu pertama jika perkahwinan dicadangkan itu ‘patut’ atau ‘perlu’.

Kelantan jadi negeri paling mudah nak berpoligami, dah tak perlu ke Thailand

Salah satu perlu ada dan perkara ini berbeza dengan negeri lain kerana perlu kedua-duanya sekali iaitu ‘patut’ dan ‘perlu’.

“Perlu kahwin mengapa? Kerana isteri mandul? Atau dia uzur dan tidak layak untuk disetubuhi? Aspek ‘patut’ pula sebagai contoh seorang lelaki itu mempunyai harta yang banyak, maka patut tambah isteri seorang lagi.

“Perkara kedua pula ialah mampu ke tidak seseorang lelaki itu menyara isteri dan anak-anak, selain mampu berlaku adil atau sebaliknya.

“Perkara keempat pula perkahwinan kedua itu tidak mendatangkan kemudaratan yang menyentuh nyawa seperti isteri pertama terjun jambatan sebab mahu bunuh diri disebabkan suami berkahwin lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Suratemi berkata, mereka yang perlu hadir ke mahkamah iaitu bakal pengantin lelaki, bakal isteri kedua, wali isteri kedua, isteri pertama serta dua orang saksi.

“Mereka ini dipanggil bagi mengetahui sama ada bakal pengantin lelaki ini benar-benar mampu, selain mengesahkan perkahwinan itu mendapat keizinan wali bakal isteri kedua.

“Kehadiran isteri pertama di mahkamah pula sekadar mahu memaklumkan perkara itu. Sekiranya seorang suami memaklumkan isteri tidak dapat hadir disebabkan keuzuran dengan disertakan laporan kesihatan, mahkamah menggugurkan isteri daripada dipanggil atau dimaklumkan,” katanya.

Terdahulu tular video di TikTok berhubung penjelasan undang-undang poligami di Kelantan lebih mudah berbanding negeri lain.

Mengulas perkara itu, Suratemi berkata, video berkenaan bukan bertujuan menggalakkan lelaki berpoligami.

“Sebaliknya, kita tidak mahu mereka mengambil jalan mudah dengan berkahwin di Thailand kerana sah atau tidak di negara berkenaan pun kita tidak tahu.

“Harga di Thailand pun mahal sehingga mencecah ribuan ringgit, sedangkan perkahwinan di sini jauh lebih murah.

“Kebanyakan mereka yang berkahwin di Thailand disebabkan mereka tidak mahu perkahwinan itu diketahui oleh isteri kedua. Mereka memilih untuk meminta maaf, berbanding meminta izin,” katanya.

baca:

3 hari ponteng kerja, rupanya lelaki ini mati direnjat kabel pengecas telefon pintar

Tak pernah ada boyfriend dan tak keluar dengan lelaki walaupun kawan, tetapi pelajar kolej ini hamil