Kelantan hanya diberi wang ehsan bukan royalti – Tengku Zafrul

Kelantan hanya diberi wang ehsan bukan royalti. Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

Pada 1 Nov lalu, Exco kerajaan Kelantan Dr Izani Husin turut membangkitkan soal pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

Kelantan

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan itu menggesa Putrajaya menghayati semangat perjanjian petroleum antara Kelantan dan kerajaan persekutuan pada 1975.

“Perjanjian ini bukan sama sekali untuk menghalang pembayaran kepada kerajaan negeri, dengan mengadakan syarat-syarat baru atau interpretasi baru seperti tiga batu nautika dari pesisir pantai,” beliau dilaporkan berkata.

Isu royalti petroleum sekian lama diperjuangkan kerajaan Kelantan termasuk mengambil tindakan saman terhadap kerajaan persekutuan.

Meskipun PAS menyertai kerajaan persekutuan sejak Mac tahun lalu, isu royalti itu masih menjadi ‘duri’ dalam hubungan Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

BACA JUGA : Muafakat Nasional adalah perjanjian diberkati Allah dengan serta merta – Nik Abduh

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    You have remarked very interesting details! ps decent internet site. “I’m going to a special place when I die, but I want to make sure my life is special while I’m here.” by Payne Stewart.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Kelantan hanya diberi wang ehsan bukan royalti – Tengku Zafrul […]