Kelantan FC didakwa tak bertanggungjawab, Zamsaham dedah punca sebenar kenapa gaji pemain tertunggak

Oleh INFORAKYAT

Kelantan FC didakwa tak bertanggungjawab, Zamsaham dedah punca sebenar kenapa gaji pemain tertunggak.

Pemain Kelantan FC mendapat tonik terbaik untuk kembali ke landasan yang tepat selepas pemilik pasukan

Norizam Tukiman mengesahkan pengurusan sudah membayar semua gaji dan tiada tunggakan.

Kelantan FC didakwa tak bertanggungjawab, Zamsaham dedah punca sebenar kenapa gaji pemain tertunggak

Malah, Norizam yang lebih mesra disapa Zamsaham itu turut mengesahkan baki gaji sebanyak 50 peratus yang ditahan akan dibayar semuanya, sekali gus mengharapkan pemain dapat memberikan aksi yang terbaik berdepan Kelantan United, Jumaat ini.

“Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.

“Saya telah bayar semua gaji, tiada tunggakan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik.

“Saya nak menang sebenarnya. Itu sahaja,” kata Norizam menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Dalam perkembangan sama, Norizam turut menegaskan pasukan itu tidak berdepan tunggakan gaji sehingga dua bulan dan meskipun ada pembayaran gaji yang dibuat secara berperingkat, semua pemain tetap mendapat gaji penuh.

Namun jelasnya, prestasi kurang memberangsangkan menyaksikan dia terpaksa ‘menahan’ gaji kerana mahukan barisan pemain ‘The Red Warriors’ bangkit mencipta kemenangan.

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan.

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir iya takdir, tapi kenalah usaha lebih,” katanya.

BACA:

“Nasib bukan sungai di Malaysia, kalau tak dah ‘terjojol’ mata masing-masing”, Anak Azhar Sulaiman buat hal lagi!

“Perut disagat jalan, tapak kaki berdarah”, Owner ladang durian seret anjing belakang kereta undang kecaman netizen