Kekalutan politik : 3 kenyataan tular rupanya palsu

Kekalutan politik : 3 kenyataan tular rupanya palsu.

UMNO menafikan akan mengadakan satu mesyuarat Biro Politik pada jam 5 petang ini.

politik

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jemputan yang diedar kepada media itu adalah palsu.

“Jemputan media itu palsu, selalu semak media sosial saya. Terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil turut menafikan bahawa parti itu akan mengadakan satu sidang media di ibu pejabatnya pada jam 8 malam Ahad.

“Palsu,” katanya ringkas.

Selain itu, satu kenyataan yang tular di media sosial daripada Perikatan Nasional (PN) bertajuk ‘Ismail Sabri Penyambung Legasi Kejayaan Pemulihan’ turut palsu.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155741/BERITA/Politik/Jemputan-kenyataan-media-tular-adalah-palsu

Baca Juga : Gempar !!! Pembangkang sepakat calon PM, bakal bertambah bilangan beberapa MP