Kejam !!! Pasangan dera anak saudara siap rakam video, suruh makan najis, bogel luar rumah

Kejam !!! Pasangan dera anak saudara siap rakam video, suruh makan najis, bogel luar rumah

Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan menyuruh mangsa memakan najis anjing dan dibunuh dengan kejam di Korea Selatan.

Rakam 22 video penderaan di telefon bimbit

Ibu bapa saudara mangsa dipercayai telah merakam sebanyak 22 video mereka mendera kanak-kanak malang berkenaan dengan menggunakan telofon bimbit dan video berkenaan telah dipadam oleh mereka bagi menghilangkan bahan bukti.

Satu daripada rakaman merupakan sebuah video dimana ibu saudara mangsa telah memaksa kanak-kanak perempuan itu memakan najis anjing dan dikatakan ibu saudaranya akan memarahinya jika dia teragak-agak untuk meletakkan najis berkenaan ke dalam mulutnya.

Lebih kejam lagi apabila pasangan berkenaan tergamak menyuruh anak saudaranya itu untuk berdiri di luar dalam keadaan bogel pada musim sejuk.

Setelah didera berkali-kali, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat mengalami kesukaran untuk bernafas serta lemas gara-gara ibu dan bapa saudaranya cuba melemaskannya dengan mengikat tangan serta kaki supaya dia tidak mampu untuk melawan atau melepaskan diri.

Terdapat kesan lebam pada bahu, peha dan muka mangsa

Beberapa bulan lalu, pihak polis telah berjaya menangkap kedua-duanya kerana dipercayai menjadi punca atas kematian anak saudara mereka itu dan pada 8 Jun lalu Mahkamah Daerah Suwon telah mengadakan perbicaraan pertama mengenai kes kematian kanak-kanak perempuan tersebut yang dipercayai telah didera serta dibunuh oleh ibu bapa saudara mangsa.

Ketika perbicaraan pertama berlangsung, pasukan forensik telah berhasil untuk mendapatkan semula 22 rakaman penderaan berkenaan untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Manakala 14 daripada 22 rakaman video itu telah dikongsikan semasa perbicaran tersebut.

Pihak pendakwa raya mengatakan bahawa semasa sesi autopsi, mangsa didapati mempunyai kesan lebam yang teruk pada bahu, peha serta mukanya. Ketika pihak pendakwa berkongsikan video tersebut sebagai bukti mangsa telah didera, penonton di ruang sidang dilaporkan kelihatan sebak dan menuntut hukuman mati bagi pasangan berkenaan.

Berita penuh : https://ohbulan.com/suruh-makan-najis-bogel-luar-rumah-dalam-cuaca-sejuk-pasangan-suami-isteri-zalim-rakam-22-video-dera-anak-saudara