Kehadiran ‘cincin hitam’ terapung di udara cemaskan penduduk

Kehadiran ‘cincin hitam’ terapung di udara cemaskan penduduk.Penduduk sebuah bandar di Colombia percaya makhluk asing akan mendarat selepas melihat cincin misteri berwarna hitam yang muncul di langit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Cincin misteri itu menyebabkan orang ramai ketakutan dan menganggap bahawa sesuatu yang luar biasa telah terjadi atau cincin tersebut datang dari angkasa lepas.

Dalam satu klip video yang dirakam oleh seorang individu yang melalui kawasan itu, seorang penduduk boleh didengari berkata bahawa insiden tersebut amat aneh dan berharap ia bukan makhluk asing.

Bagaimanapun, ketakutan tersebut dilenyapkan oleh seorang ahli astronomi tempatan..

cincin hitam

Ahli astronomi berkenaan, Luis Nunez percaya terdapat satu penjelasan yang lebih rasional di sebalik penampakan cincin hitam itu.

“Ia merupakan bulatan yang dihasilkan daripada asap hitam daripada satu struktur yang besar.

“Ia mungkin daripada sebuah bot besar dari Sungai Magdalena atau kemudahan minyak,” katanya.

Pakar itu mengatakan bahawa ia merupakan fenomena buatan dan keadaan cuaca pada ketika itu menjadikan ia kelihatan amat jelas.

Isu pencerobohan makhluk asing hangat diperkatakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kerajaan Amerika Syarikat tahun lalu mengesan beberapa penampakan UFO namun tidak menemui bukti yang menunjukkan berlakunya sebarang aktiviti melibatkan makhluk asing.

Bagaimanapun, negara kuasa besar itu tidak menolak kewujudannya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/04/penduduk-bandar-percaya-makhluk-asing-ceroboh-selepas-lihat-cincin-hitam-terapung/

BACA: Terkini !!! Lagi 2% sebelum dapat rentas negeri

COMMENTS

Wordpress (0)