Kehadiran awan pelik bentuk wajah manusia cetus panik

Kehadiran awan pelik bentuk wajah manusia cetus panik. Tular baru-baru ini mengenai satu penampakan awan yang menggerunkan di Australia. Gambar yang menggerunkan itu telah dirakam oleh seorang jurufoto yang dikenali sebagai Jarvis Smallman.

Awan yang pelik seakan berwajah manusia itu kelihatan amat menggerunkan bagi sesiapa pun yang memandangnya kerana seolah-olah ada ‘makhluk’ awan raksasa sedang memerhatikan manusia di bawahnya.

Jarvis Smallman merakamkan gambar awan pelik tersebut di Hopetoun tepi pantai Australia sebelum matahari terbenam. Dalam gambar yang diambil itu juga menampakkan pelangi di bawah imej awan tersebut.

Kehadiran awan pelik bentuk wajah manusia cetus panik

Jarvis Smallman yang baru berusia 14 tahun kagum melihat keunikan awan tersebut dan berasa gembira kerana berjaya merakam gambar hebat itu pada masa yang tepat selepas habis sesi persekolahannya.

By far the coolest clouds I’ve seen so far. It was a bit spooky Being watched by the sky – status yang dimuatnaik dalam akaun Instagram jarvis.s.photography

Jarvis yang meneliti awan tersebut berpendapat wajah ‘manusia’ yang timbul dari formasi awan itu kelihatan seperti ‘The Joker’. Ada juga netizen yang berpendapat awan menggerunkan itu juga menyerupai watak ‘Pennywise’ dalam filem IT.

Kehadiran awan pelik bentuk wajah manusia cetus panik

Kehadiran awan pelik bentuk wajah manusia cetus panik

Jika kita meneliti gambar yang diambilnya, memang ada kelihatan wajah seakan ‘The Joker’ dan ‘Pennywise’ kan.

Gambar tersebut dengan pantas menjadi viral apabila turut dikongsikan oleh media-media besar Daily Mail, ABC South West, Perthnow dan banyak lagi portal media tempatan dan antarabangsa

Baca Juga : Misteri pulau tanpa manusia, dilitupi kepulan awan
Kantoi !!! Jururawat ni pura-pura suntik vaksin kepada 45 antivaksin

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)