Kegagalan pengurusan Covid-19, ini komen Jeneral ATM

Kegagalan pengurusan Covid-19, ini komen Jeneral ATM

Kegagalan pengurusan Covid-19, ini komen pengurusan kesihatan ATM.  Ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah menjadi punca mengapa negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga COVID-19.

Menurut Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, ini turut disumbangkan dengan kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.

“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.

“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’.

Kegagalan

“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan COVID-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya dalam program AWANI Pagi, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Arshil berkata, masalah utama turut didorong oleh ketidakpantasan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.

“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.

“Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya.

“Daripada waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di Kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar beliau

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tiada-koordinasi-tindakan-bersepadu-punca-gagal-keluar-dari-gelombang-ketiga-307668#.YOknmaBptlE.whatsapp

Jika Terlepas: Kerajaan Sabah ulangi keputusan benarkan ‘dine-in’