Kedai Makan Dibuka Hanya Untuk Bungkus Sahaja

Kedai Makan Dibuka Hanya Untuk Bungkus Sahaja

Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa esok membolehkan restoran atau kedai makanan untuk terus dibuka tetapi makanan mesti dibawa pulang dengan pelanggan dilarang sama sekali untuk makan dan minum di kedai berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi hari ini.

Selain restoran, arahan itu juga membabitkan kedai kopi dan gerai dan kedai mamak.

Menurut Alexander, pusat membeli-belah, bazar, pasar malam dan gerai di tepi jalan yang tidak menjual barangan keperluan juga perlu ditutup selama dua minggu akan datang.

Beliau berkata tujuan Purtrajaya dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan terhad adalah untuk menghalang penyebaran Covid-19.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/515102