Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari

Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari. Selalunya kawasan rumah kedai atau perumahan yang terbengkalai dan sunyi sepi pasti akan kelihatan seram buat sesetengah orang. Walau bagaimanapun, ada pula segelintir individu tidak bermoral menjadikan ia port untuk melakukan perkara bukan-bukan seperti yang diceritakan oleh seorang wanita ini.

Tak kira laki ka perempuan sama naik…Dah makan simpanlah

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, wanita yang bernama Kieda tersebut sempat meluahkan rasa kecewa apabila melihat parkir kereta di belakang bangunan kedainya dipenuhi dengan sampah sarap. Jelasnya lagi, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu yang ponteng puasa pada siang hari sebelum buang plastik makanan merata-rata.

 

@kiedaamy97_

Tak kira laki ka perempuan sama naik. Dah makan simpann laa . Buat kerja bg clean 😒 #fypage #viraltiktok

♬ original sound – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍 – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍

Belakang ni port orang kencing, orang bercinta, port orang buka posa tengah hari…Hari-hari keras perut gelak

Gara-gara merasa geram, Kieda dan beberapa orang pekerja lain bertindak menegur individu-individu yang ingin melakukan hal sama selepas itu. Malah wanita tersebut siap menggunakan mic dan juga speaker untuk buat pengumuman supaya ‘mereka’ tidak lagi berani lagi datang ke lokasi tersebut.

@kiedaamy97_

Reply to @syusyuhadaalaa belakang ni port org kencing , port org bercinta , port org buka posa tengah hari. Hahaha hari2 keraih perutt gelakk 🤣🤣 #fypage #viral #fypシ゚viral

♬ original sound – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍 – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍

Belakang tu memang line clear, kena pulak kedai nasi kandaq bawah tu…Ingat sekolah buat pengumuman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur melihat gelagat Kieda bersama rakan sekerjanya. Namun, ramai yang memuji tindakan bijak wanita itu dalam menangani perbuatan-perbuatan tidak bermoral di kawasan berkenaan dengan cara tersendiri.

TONTON:

BACA:

Isu NFCorp: Mahkamah persekutuan kekalkan kemenangan Rafizi Ramli

Isham Jalil cabar MB Terengganu sumpah laknat tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno

Selepas dihentam tunggu duit KWSP tak masuk, ini respon Tengku Zafrul

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari […]