Kedah beri bayangan boleh sekat dan ubah aliran Sungai Muda jika P.Pinang ingkar

Kedah beri bayangan boleh sekat dan ubah aliran Sungai Muda jika P.Pinang ingkar

Kerajaan Negeri Kedah membayangkan bahawa pihaknya boleh menyekat dan mengubah aliran Sungai Muda di negeri itu, atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata, pihaknya lebih memilih pendekatan perundingan di mana setiap tahun Kedah menghantar surat meminta Pulau Pinang membayar caj air mentah.

Bagaimanapun kesali beliau, Kerajaan Pulau Pinang tidak menjawab permintaan tersebut yang disifatkannya sebarang reaksi akan menyebabkan mereka terpaksa berterusan memberi alasan menyelesaikan pembayaran.

Sanusi bercakap kepada media selepas menyampaikan komputer riba dan pelan data kepada 50 pelajar daripada kategori B40 anak Kedah Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Seri Angsana, EDC Hotel & Resort di Sintok, hari ini.

“Saya rasa dalam tamadun moden ini, bila dah ada undang-undang, ada akta, kita kena follow lah. Tak payahlah sampai ke mahkamah. Kalau semua urusan kena berakhir di mahkamah, teruklah dunia ini. Tak boleh nak berjalanlah, stuck, semua kena pergi mahkamah,” ujarnya.

Perjelas beliau, perkara tersebut tidak akan berbangkit sekiranya Pulau Pinang tidak ‘menyentuh’ dan masuk campur urusan negeri Kedah yang dipertikaikan berkaitan tindakannya meneroka elemen nadir bumi (REE).

Tegas Sanusi, beliau bertindak mempertahankan kepentingan negerinya di mana sumber air mentah adalah tanggungjawab negeri, tetapi Pulau Pinang yang mendapat sumber mentah dari Kedah telah mengacau urusan negeri itu.

Menurutnya, beliau boleh mengubah aliran Sungai Muda yang menjadi sumber bekalan air mentah Pulau Pinang itu ke tempat lain atau membuat sekatan di Pinang Tunggal iaitu lokasi sempadan antara dua negeri tersebut.

Sehubungan itu beliau menggesa Kerajaan Pulau Pinang menjawab surat dari Kerajaan Negeri Kedah dan tidak mengganggu urusan negerinya, serta membuat bayaran RM50 juta setahun yang diminta.

Terdahulu ADUN Jeneri itu dalam penerangannya berhubung isu tersebut menyanggah kononnya tiada ketetapan sebarang caj dikenakan sejak skim air Sungai Muda tersebut dibuka secara rasmi pada tahun 1973.

“Ya, dulu memang tak ada caj. LSANK (Lembaga Sumber Air Negeri Kedah) pun baru ditubuh selepas WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air) 2006 diluluskan di Parlimen, ditubuhkan anak syarikat-syarikat operator ayaq ini sebagai syarikat pengganti kepada JBA-JBA (Jabatan Bekalan Air) di negeri-negeri.

“Kuasa kerajaan negeri hanya berada pada sumber air. State tinggal sumber air. Dulu bidang kuasa ayaq ini kuasa state melalui WSIA 2006 dengan tertubuhnya SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan PAAB (Pengurusan Aset Air Berhad),” ujarnya.

Maklumnya, Kedah menubuhkan Syarikat Air Darul Aman (SADA), manakala Pulau Pinang Perbadanan Bekalan Air (PBA), juga negeri-negeri lain di mana pihak lembaga pula bertindak mengenakan caj menerusi sumber mentah.

“Kita kena collect pasal nak mengekalkan sumber air. Sumber air ini datang daripada kawasan tadahan, kita nak kekalkan kawasan tadahan itu sebagai kawasan tadahan yang mampu supply ayaq yang mencukupi. Jadi dia kena bayaqlah,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2020

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/10/kedah-lontar-peringatan-kepada-pulau-pinang/

COMMENTS