Kecoh video viral aksi remaja dimandikan ala jenazah, akhirnya Imam buka mulut

Kecoh video viral aksi remaja dimandikan ala jenazah, akhirnya Imam buka mulut. Imam Tetap, Masjid Al Islahiah, di sini, memohon maaf berhubung insiden video tular seorang remaja dimandikan ala jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid itu pada petang Ahad lalu.

Kecoh video viral aksi remaja dimandikan ala jenazah, akhirnya Imam buka mulut

Imam tetap Masjid Al Islahiah, Muhd Mohsin Nordin bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor.

Muhd Mohsin Nordin berkata, ini kerana rakaman video itu pada asalnya hanya sebagai rekod masjid untuk disimpan sebagai bahan bukti.

Beliau bagaimanapun tidak tahu bagaimana video itu tular di media sosial yang menjadi kecaman netizen kerana mengaibkan remaja terbabit.

“Kalau semua pihak yang menghentam kami dapat membayangkan betapa besarnya tabung itu, mereka tidak akan bercakap walaupun sepatah.

“Untuk akal fikiran bagi seorang manusia mencabut tabung dari dinding, memang tidak masuk akal untuk bawa keluar. Tenaga remaja itu memang luar biasa.

“Apa pun kami juga ingin memohon maaf di atas isu viral video itu walaupun kami cuba mempertahankan hak masjid itu sendiri.

“Bukan kami tidak pernah beri pertolongan kepada orang, malah kami ada Food Bank di mana siapa sahaja yang minta kami akan beri, tidak pernah saya dengar mana-mana pihak masjid tidak beri.

“Sejujurnya saya hanya mempertahankan tabung masjid itu kerana tidak pernah orang yang datang tidak menyumbang,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Semalam, Daniel Iskandar Mohd. Nasir yang sebelum itu tular dimandikan ala jenazah di Masjid Al Islahiah dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Baca Juga : Masjid berhasrat lantik remaja curi tabung jadi petugas masjid

Daniel Iskandar, 19, yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.

Kecoh video viral aksi remaja dimandikan ala jenazah, akhirnya Imam buka mulut

Nazir Masjid Al Islahiah, Supandi Samin bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. 

Sementara itu, nazir masjid tersebut, Supandi Samin berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan anak kariah di kawasan itu apabila memberikan keperluan barangan asas seperti beras kepada mereka yang memerlukan.

Jelas beliau, tidak timbul isu keluarga Daniel Iskandar tidak mempunyai makanan dan terpaksa menagih bantuan jiran tetangga seperti yang didakwa peguam remaja itu.

Malah tegasnya, masjid itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pernah dibuka kepada semua lapisan masyarakat untuk mencari perlindungan dan bantuan makanan.

“Malah kes kecurian sebelum ini sering berlaku namun kami sebaik mungkin menyelesaikan cara baik selepas berunding dengan keluarga suspek.

“Cuma bagi kes kecurian Daniel Iskandar, datuknya sendiri yang menyuruh agar AJK masjid menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk masa depan cucunya itu,” katanya

Baca Juga : “Suami saya nyaris ditembak oleh bapa mertua sendiri”, dedah Zarina Zainuddin

Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang, dedah EMA

Ambil masa 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)