Kecoh satu highway! Perompak ni selamba lempar beg berisi wang atas jalan

Kecoh satu highway! Perompak ni selamba lempar beg berisi wang atas jalan. Satu kejadian rompakan yang berlaku di sebuah premis perjudian berhampiran ibu kota Chile, Santiago, berakhir dengan suspek bertindak melempar sebuah beg ke atas lebuh raya yang kemudiannya dihujani oleh wang kertas, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam sebuah video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV), suspek dilihat melempar sebuah beg dari kereta Chevrolet Sail berwarna biru di sebuah lebuh raya ketika diekori polis susulan rompakan di sebuah premis perjudian di bandar Pudahuel.

Salah sebuah kenderaan polis kemudian dipandu melalui beg itu dalam aksi kejar-mengejar dan mengoyakkannya sebelum wang kertas peso kelihatan bertaburan di jalan.

Baca Artikel Penuh