Kecoh penemuan ikan ‘makhluk asing’, berkepala lutsinar sampai nampak isi dalam

Kecoh penemuan ikan ‘makhluk asing’, berkepala lutsinar sampai nampak isi dalam. Baru-baru ini, sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) merakam video seekor ikan yang memiliki kepala lut sinar sehingga menampakkan bahagian isi dalamannya, dan memiliki sepasang mata bercahaya di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat (AS), lapor Daily Mail pada 10 Disember 2021.

Ikan seperti ‘makhluk asing’ itu berjaya dikesan oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) minggu lalu dengan menggunakan ROV, pada kedalaman kira-kira 609.6 meter di teluk tersebut yang terletak di luar pantai California.

“Kenderaan kendalian jarak jauh MBARI Ventana dan Doc Ricketts telah mencatatkan lebih daripada 5,600 selaman dan berjaya merakam lebih daripada 27,600 jam video, namun kami hanya menemui ikan ini sembilan kali,” kata MBARI.

Hidupan laut ini dikenali sebagai ikan barreleye di AS. Ikan ini mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut. Pada kebiasaannya, panjang hidupan laut ini ialah lebih 15 sentimeter.

Kecoh penemuan ikan 'makhluk asing', berkepala lutsinar sampai nampak isi dalam

Kedua-dua mata hidupan laut ini berwarna hijau bercahaya terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, ia membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin.

Ikan ini mempunyai deria penglihatan yang begitu kuat hasil daripada persekitaran yang mana tiada cahaya matahari boleh sampai kepada kedalaman lebih 600 meter.

Penyelidik percaya mata hidupan laut ini mungkin telah membangunkan satu bentuk penapis cahaya yang membolehkan ikan tersebut mengabaikan cahaya matahari dan membolehkan ia melihat bioluminesensi ikan kecil.

Ahli biologi marin juga mendapati ikan ini menggunakan sirip rata yang besar untuk kekal tidak bergerak di dalam air. Ini bermakna makhluk di sekelilingnya tidak dapat melihatnya dengan jelas.

Kecoh penemuan ikan 'makhluk asing', berkepala lutsinar sampai nampak isi dalam

Seekor ikan yang mempunyai kepala lut sinar ditemui di Teluk Monterey, California baru-baru ini. – Foto MBARI.

Pemangsa yang mengintai di atasnya juga tidak dapat melihatnya, namun ia boleh melihat ke atas untuk memburu ikan kecil. Apabila mangsa dikenal pasti, ikan ini keluar dari kegelapan dengan pantas menyerang mangsanya.

Tonton:

Baca:

Pemuda ini curi-curi baca laporan perubatan ayah, tak sangka ada HIV Aids

Diri sendiri kena hentam teruk di Facebook? Ini 3 fasa yang akan kita hadap…

Terkini : Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual di mahkamah hari ini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)