Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi?

Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi? Baru-baru ini, tular di media sosial video pelakon Aliff Aziz berada di sebuah kelab malam dan dilihat sedang berseronok dengan yang lain. Video yang tular itu turut menimbulkan spekulasi pelakon itu telah curang dengan isterinya seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Di dalam video yang tular itu, Aliff dilihat berada di sebuah kelab malam bersama-sama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya. Namun pelakon Shahidan Izwan tampil menjelaskan mengenai video yang mengaitkan Aliff Aziz ini.

Difahamkan, video yang tular itu sebenarnya adalah semasa sesi penggambaran drama yang melibatkan Aliff Aziz dan beberapa pelakon lain termasuklah dirinya. Dalam hantaran di Instagram Story itu juga, Shahidan memberitahu kedua-dua mereka berada di kelab malam itu atas tugas lakonan semata-mata.

Baca Artikel Penuh