Kecoh makcik selamba pandu kancil sampai dalam airport Terengganu, rupa-rupanya ini kisah sebenar.
Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bertukar panik seketika selepas seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu lapangan terbang berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Rabu, kakitangan LTSM dan orang awam yang berada dalam kawasan terkejut dengan kehadiran kereta yang bergerak di dalam bangunan itu.
nangtime.com – Lapangan Terbang Jadi Gamat Apabila Wanita Memandu Kereta Masuk Dalam Bangunan
Wanita berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami stres dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
nangtime.com – Lapangan Terbang Jadi Gamat Apabila Wanita Memandu Kereta Masuk Dalam BangunanSementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang berhubung insiden itu.
Katanya, seramai empat anggota bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian.
nangtime.com – Lapangan Terbang Jadi Gamat Apabila Wanita Memandu Kereta Masuk Dalam Bangunan
Menurutnya wanita berkenaan bertindak meluru masuk ke dalam ambulans Angkatan Pertahanan Awam sebaik ternampak kenderaan jabatan itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian.
BACA:
Kalau korang check-in hotel janganlah cuba-cuba tutup lampu tandas, ini sebabnya