Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar

Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar. Kenyataan rasmi tersebut dikatakan seolah-olah menyalahkan pelanggan.
Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Sen Heng Jual Telefon Terpakai, Kenyataan Rasmi Pula Undang Kecaman.

Kalau anda nak beli barang terutamanya barangan elektronik, mestilah teruja nak pakai yang baru, kan? Kalau nak beli yang terpakai, lama dah survey kat tempat yang memang jual barang terpakai.

Tapi kalau dapat set terpakai di kedai elektronik terkemuka, tak best lah kan. Bukan apa, harga barangan baru kan lebih mahal daripada harga barangan terpakai.

Sen Heng jual telefon ‘second hand’ ?

Beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki yang pergi ke salah sebuah cawangan kedai elektronik Sen Heng di ioi Puchong, Selangor dan mengamuk di situ. Pelanggan berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan servis Sen Heng yang dikatakan menjual telefon pintar terpakai, dan bukannya set baharu seperti yang dipromosikan.

Malah, tidak sampai beberapa hari selepas pembeliannya, telefon bimbit yang dibelinya juga gagal berfungsi dengan baik.

Hal tersebut menyebabkan lelaki berkenaan hilang sabar dan melempar telefon pintar tersebut ke atas lantai berkali-kali sambil disaksikan oleh pekerja kedai elektronik tersebut tanpa sepatah kata.

Bukan itu sahaja, hadiah percuma yang diperolehinya semasa pembelian juga turut dihempas ke lantai sambil lelaki tersebut memaki-maki servis kedai berkenaan.

Kenyataan rasmi Sen Heng undang kecaman netizen

 

Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar | Info Rakyat
Ekoran kejadian tersebut, Sen Heng telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjelaskan tentang status telefon pintar berkenaan setelah menyiasat perkara tersebut dengan pengedar rasminya di negara ini.

Menerusi kenyataan tersebut, telefon pintar itu dikatakan asli dan bukannya set terpakai sebagaimana yang didakwa oleh pelanggan terbabit.

“Sombongnya statement” – Netizen

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam 3 bahasa tersebut menerima kecaman hebat pula daripada netizen yang mengatakan bahawa syarikat penjual barangan elektronik terbabit bertindak biadap kerana tidak mengeluarkan permohonan maaf kepada pelanggan.

Lebih memburukkan keadaan, kenyataan rasmi mereka dimulakan dengan frasa ‘Yes Hello’ yang kedengaran agak kasar ditujukan buat pemegang taruh utama mereka iaitu para pelanggan.

BACA:

“Niat bina tahfiz ok dah, tapi baju Janna Nick pula buat mata adik tahfiz terseksa..”

Pengguna terkejut aplikasi TnG eWallet dibuang dari Apple store

Abby Abadi jawab dakwaan masih ada hati dengan Norman Hakim

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar […]

  • […] Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar […]

  • […] Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar […]