Kecoh jabatan kecemasan dikosongkan kerana kehadiran PM, ini penjelasan HTAR

Kecoh jabatan kecemasan dikosongkan kerana kehadiran PM, ini penjelasan HTAR

Kecoh jabatan kecemasan dikosongkan kerana kehadiran PM, ini penjelasan HTAR.Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) Klang dekat sini menafikan dakwaan kenyataan yang telah tular mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Katanya, trend semasa di ETD hospital itu menerusi kes harian oleh unit pengurusan katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit.

Tangkap layar kenyataan mesej yang tular semalam

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, ini kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit.

jabatan
Manakala pesakit yang masih belum menerima rawatan di ETD setakat semalam adalah seramai 117 orang.

“Pada 8 Julai lalu, wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan jabatan itu telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

jabatan

“Manakala, pada 9 Julai pula, kompleks rawatan harian ( ACC ) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook HTAR hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan mesej dan gambar menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa ETD HTAR menjadi kosong semasa Muhyiddin melawat hospital itu semalam.

Tangkap layar kenyataan mesej yang tular semalam
Beliau menambah kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD.

Jelas Zulkarnain, pemindahan pesakit Covid-19 ke ACC adalah pelan kontigensi yang diambil pengurusan bencana peringkat hospital.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/htar-nafi-jabatan-kecemasan-dikosongkan-untuk-lawatan-pm/

Jika Terlepas: Siapa bakal meledak, Umno atau PPBM?