Kecoh isu pelajar sekolah jual gambar bogel, ini penjelasan Polis

Polis Daerah Wangsa Maju belum menerima laporan berhubung isu dakwaan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa melibatkan diri dalam kes menjual gambar bogel gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes tersebut.

Kecoh isu pelajar sekolah jual gambar bogel, ini penjelasan Polis

Ashari Abu Samah

“Setakat ini, kami belum terima apa-apa laporan berkaitan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, sebuah portal melaporkan sekolah berkenaan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan dua pelajarnya terbabit dalam penjualan gambar bogel gadis bawah umur.

Pada Selasa, tular di Twitter berhubung dakwaan dua pelajar lelaki itu meraih wang ribuan ringgit dengan menjual gambar bogel dalam platform sembang berkumpulan.

Pengguna laman sosial itu turut mendakwa seorang daripada pelajar itu mengakui menyebarkan gambar gadis bawah umur dengan menyiarkan video ‘pengakuan’ berdurasi satu minit 54 saat.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162863/BERITA/Semasa/Polis-belum-terima-laporan-kes-pelajar-jual-gambar-bogel?

BACA JUGA : Panas !!! Ahli peniagaan Malaysia bakal dedah skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

COMMENTS

Wordpress (0)