Kecoh ibu tunggal dibantu gereja hampir 9 tahun, menteri kata akan siasat

Kecoh ibu tunggal dibantu gereja hampir 9 tahun, menteri kata akan siasat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan.

Zulkfili berkata beliau akan membantu individu berkenaan sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan tiga orang ibu tunggal terpaksa memohon bantuan daripada pihak gereja sejak beberapa tahun lepas selepas pihak institusi zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah beliau berkata SOP itu telah dilengkapkan bagaimanapun Arab Saudi masih belum membuat keputusan sama ada ibadah haji dan umrah dibenarkan pada musim ini.

“Kita doalah banyak-banyak kepada Allah agar wabak ini (COVID-19) pergi,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.

Pada majlis berkenaan 41 maahad tahfiz dan pondok berdaftar dengan JAWI menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak masak di majlis itu.

Pogram Semarak Lailatul Qadar Wilayah Persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan merancakkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan aktiviti dan pengisian kerohanian melibatkan 89 buah masjid di Wilayah Persekutuan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-tiga-ibu-tunggal-mohon-bantuan-kewangan-gereja-akan-disiasat-zulkifli-295877