Kecoh di media sosial ‘pertempuran’ Laksa Johor vs Laksa Kedah

Kecoh di media sosial ‘pertempuran’ Laksa Johor vs Laksa Kedah

Hasil risikan abang sebagai penyiasat persendirian, katanya bermula dari seorang yang tanya bagaimana nak buat laksa.. pastu masuk si Siti Rahmah Ahmad tu terus membongak pasal jenis ikan tenggiri untuk buat kuah laksa sambil mengutuk ikan selayang dan kembung yang dikatakan murah digunakan di negeri utara dan pantai timur.

Tidak berhenti di situ, Puan Mastika Halim membidas hujah tersebut dengan fakta Wikipedia dengan berpendapat bahawa laksa utara menggunakan bahan laksa yang sebenar dan bukan spaghetti seperti dalam menu laksa Johor.

Perbahasan terus menjadi topik hangat apabila ada beberapa rakyat negeri lain mula campur tangan dan menambah pergaduhan ini dengan provokasi. Hasil kajian terkini orang ramai ramai mula menyokong geng laksa utara dan mula memanaskan isu ini agar berpanjangan dan mereka mula lari dari topik asal dengan mula mengait isu kayangan, rakan kongsi untuk cari peluang menghentam pasukan JDT pula….

Geng laksa utara ni lupa kot, kat Warung Pak Jabit kat Kg Pisang si Yah Kuchai rileks jer bungkus Mee Kari kuah laksa makan sini .

Nampaknya perang ini akan berlarutan untuk beberapa tahun lagi, di mana kerajaan Sarawak pasti akan berhujah juga mengenai laksa ini kerana mereka juga terlibat dalam konflik serius perihal laksa ini.

Laksam??? ahhh sudah, pasti ada campur tangan dari negeri-negeri pantai timur juga kerana ianya melibatkan ikan tenggiri yang mungkin berasal dari sana.. jangan sampai indon claim laksa asal dari Indonesia dah lah….

Sumber :