Kecaman rakyat pada kerajaan memuncak,bersatu makin tertekan

Bersatu bukan sahaja terbelenggu dengan isu untuk menghadapi PRU15 semata mata, tetapi Bersatu juga sedang mengalami tekanan daripada pelbagai pihak yang sedang terkesan akibat perlaksanaan PKP serta darurat sekaligus.

Isu pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula pada awal bulan Mac ini juga sebenarnya telah menjadikan PN dilihat semakin gagal dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara.

Agak ramai juga rungutan daripada ibubapa merasa “terkena” apabila ada di kalangan mereka ini yang sudah berkorban dana membeli tablet/peranti demi memudahkan anak-anak mereka agar berupaya mengikuti pembelajaran secara online. Kerugian ini juga termasuk kos bayaran pakej internet.

Dalam situasi kekangan untuk mencari pendapatan, ditambah pula segelintir yang sudah hilang punca pencarian terutama kepada golongan B40, maka isu yang telah berlaku ini secara tidak langsung menjadikan mereka semakin terhimpit.

Begitu juga tekanan daripada sudut lain yang kini terarah kepada PN yang diketuai Bersatu. Sama ada daripada sudut isu politik, perlembagaan, perniagaan dan lain-lain lagi.
Tekanan-tekanan ini pasti menjadikan PN semakin gelisah meskipun kerajaan ini memiliki berlonggok-longgok jumlah menteri yang membarisi kabinet tetapi kelihatannya ramai yang tidak berfungsi.

Bahkan kritikan demi kritikan terhadap PN, terutamanya Bersatu dilihat semakin hari semakin bertambah jumlahnya. Luahan rasa daripada mereka yang terkesan ini di media-media sosial tidak ubah bagaikan bertali arus tanpa dapat dibendung oleh mana-mana pihak lagi.

Nampaknya percaturan strategi politik yang telah dilaksanakan oleh Bersatu kelihatannya telah menjadi perangkap makan tuan sendiri. Segala usaha untuk melepasi perangkap-perangkap tersebut tidak lagi mampu untuk dirungkaikan serta semua usaha tersebut hanyalah menjerat diri sendiri.

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)