Keberanian Noraini letak jawatan Menteri dapat pujian

Peletakan jawatan Datuk Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menghormati keputusan Ahli Parlimen Parit Sulong itu jelas menunjukkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO seorang yang berjiwa besar.

“Moga Allah SWT merahmati memberi kekuatan dan ketabahan kepada YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.Kepada Allah kita berserah. Allah jua sebaik-baik perancang. Wanita UMNO pasti terus utuh dan sentiasa mendokong dalam perjuangan parti,” katanya yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam satu kenyataan semalam.

Noraini kunci mulut, enggan ulas sokongan ahli parlimen

Justeru Norliza dan seluruh ahli Wanita UMO Malaysia berdiri teguh untuk mempertahankan parti keramat UMNO dalam memperjuangkan kebenaran sejati.

“Wanita UMNO tidak sesekali gentar dan undur walaupun dalam keadaan sukar sekalipun, waima keutamaan sekarang ialah membantu rakyat sebaik habis dalam keadaan seadanya,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/08/noraini-berjiwa-besar-sanggup-letak-jawatan-menteri-norliza/

BACA JUGA : Azizulhasni menangis setelah raih pingat perak Olimpik