Kebajikan masyarakat terus dijaga

Kebajikan masyarakat terus dijaga

Kuala Kedah – Mengambil kira tempoh PKP yang dilanjutkan lagi sehingga ke 14 April, AWAN Kuala Kedah berasa bertanggungjawab untuk memberikan sedikit sumbangan kepada 20 keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk barang asas dapur seperti beras, tepung, minyak, gula dan juga sedikit makanan kering.

Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga.

AWAN Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada AWAN Kuala Kedah yang sentiasa cakna terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Sumber :

COMMENTS