Keahlian Bersatu Hasnul Zulkarnain tergugur dengan sendiri jika terbukti tidak sokong undi percaya

Keahlian Bersatu Hasnul Zulkarnain tergugur dengan sendiri jika terbukti tidak sokong undi percaya

Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebagai anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan tergugur dengan sendirinya jika terbukti beliau tidak bersama agenda parti.

Untuk itu, Setiausaha Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya tidak perlu mengambil sebarang tindakan ke atas wakil rakyat berkenaan yang didakwa menyokong usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) terhadap Menteri Besar’ pada 4 Disember lalu.

“Kita tak perlu ambil tindakan dan sekiranya terbukti apa yang dilakukannya (sokong usul itu) itu, maka ianya akan tergugur mengikut perlembagaan parti.

“Cuma selepas ini Umno Perak akan kemukakan bukti-bukti kepada kita dan jika benar, dia (keahlian Hasnul) akan tergugur dengan sendirinya,” katanya.

Usul itu yang dibentangkan di persidangan DUN Perak menyebabkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu, gagal memperoleh sokongan majoriti Adun dan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama Exconya, sehari selepas itu.

Hasnul Zulkarnain menyertai Bersatu pada 3 Jun lalu.

Sebelum itu, beliau adalah wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/652493/jika-terbukti-gugurlah-keahlian-hasnul-zulkarnain

COMMENTS