Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab

Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab

Tuan Ibrahim Tuan Man ketika Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Walaubagaimanapun, menerusi satu tulisan di halaman Facebook, Tuan Ibrahim dikatakan tidak menjawab soalan yang diajukan. Lain yang dipertikai, lain pula jawapannya.

“Saya letakkan paparan berita yang disiarkan berkenaan laporan pelepasan gas rumah hijau untuk Malaysia.

Washington Post membangkitkan isu berkenaan angka yang tertera di dalam laporan BUR. Artikel itu mempersoalkan tentang laporan tersebut di mana angkanya menunjukkan hutan di Malaysia menyerap karbon 4 kali ganda lebih cepat berbanding hutan yang sama di Indonesia. Dengan angka ini, Malaysia kelihatannya seperti berjaya mengurangkan sebanyak 73% dari emisi karbon ke atmosfera pada tahun 2020 berbanding inventori tahun 2016.
Bagi para penganalisa, angka ini seperti tidak munasabah.

Menteri Alam Sekitar pula menjawab dakwaan ini dengan menyebut bahawa laporan tersebut dibuat mengikut proses dan SOP yang betul, telus, dan disemak oleh agensi yang berkaitan.

Jawapan menteri malangnya tidak menjelaskan tentang angka yang dipersoalkan. Laporan yang dibuat dengan proses yang betul tidak menjamin seluruh kandungannya adalah betul.

Bagaimana pokok di hutan Malaysia menyerap karbon 4 kali ganda lebih cepat berbanding hutan di negara lain? Itu persoalan yang perlu dijawab, bukan bagaimana laporan itu disediakan.”

SUMBER :

BACA JUGA : Panas !!! Akhirnya Peja secara tak sengaja dedah Amanah bukanlah boneka Dap seperti didakwa
Panas !!! Acara khurafat di Kelantan, polis gempur 100 peserta

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Karbon : Lain yang orang pertikai, lain pula yang Tuan Ibrahim jawab […]