Kapal peronda China diperairan negara ancam kedaulatan

Kapal peronda China diperairan negara ancam kedaulatan

Kapal peronda China diperairan negara ancam kedaulatan.Pergerakan kapal peronda China di Vietnam yang menceroboh kawasan per­airan Laut Natuna di Indonesia, mencetuskan ‘kemarahan’ Badan Keamanan Laut (Bakamla).

Lapor CNN Indonesia, hal demikian kerana jumlah kapal tersebut dikhuatiri mencecah ribuan dan tidak boleh dikesan menerusi radar namun hanya dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Dilaporkan, ribuan kapal itu memasuki Indonesia melalui perairan Laut China Selatan.

“Kalau kita melihat di radar pengawasan atau memantau dari Pusat Komando dan Pe­ngendalian (Puskodal), setakat ini masih terdapat enam kapal Vietnam di wilayah bertindih termasuk kapal peronda milik China.

Kapal

“Setelah dilihat dengan mata kasar atau pemerhatian udara secara langsung, ia mencapai ratusan atau mungkin ribuan kapal berada di perairan,” kata Setiausaha Bakamla, S Irawan dalam perbicaraan dengan Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

Irawan juga mendakwa kapal peronda China sering mengganggu kegiatan perlombongan kapal Indonesia.

Menurut beliau, kapal yang mengibarkan bendera Indonesia di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral juga menjadi sasaran.

“Malah, kapal pengawal pantai China masih mengganggu kerja-kerja pelantar kapal me­ngibarkan bendera Indonesia di bawah kementerian,” katanya.

Dilaporkan, Bakamla berdepan beberapa kekangan infrastruktur antaranya hanya memiliki 10 unit kapal dan tidak mempunyai pesawat untuk pemantauan udara.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/kapal-peronda-china-ancam-kedaulatan/

BACA: Shafie minta kerajaan telus dalam perkongsian data Covid-19