Kapal perang Amerika dan China di perairan Malaysia, PN tengok saja?

Kapal perang Amerika dan China di perairan Malaysia, PN tengok saja?

New York Times dan South China Morning Post menyiarkan berita pertembungan diantara kapal perang Amerika Syarikat (AS) dan China di Laut China Selatan di dalam Zon Ekonomi Eķsklusif Malaysia beberapa minggu yang lalu. Kapal Perang AS USS Barry bersama USS Bunker Hill dan USS Amphibious Assoult Ship berada dalam wilayah Malaysia pada 21 dan 22 April yang lalu. Manakala lebih awal daripada itu Kapal Perang China turut berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Pertembungan diantara kapal kapal dua kuasa ketenteraan dan ekonomi dunia ini semakin merumitkan usaha untuk membawa penyelesaian pertikaian wilayah laut diantara negara negara di Laut China Selatan seperti Vietnam, China, Filipina, Brunei dan Malaysia melalui proses Undang Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Ia menajamkan persaingan kuasa di antara kedua dua negara sekaligus akan mengheret sama negara negara serantau termasuk Malaysia ke kancah peperangan yang akan memburukkan situasi di rantau ini.

Pertengahan Februari yang lalu, Menteri Pertahanan ketika itu, Mohamad Sabu berucap di Munich Security Conference di Jerman memberi peringatan kepada kuasa kuasa besar agar tidak membawa peperangan proksi sebagaimana berlaku di Timur Tengah di rantau Asia Tenggara. Segala pertikaian di Laut China Selatan mestilah diselesaikan dengan jalan rundingan dan proses perundangan dan bukannya dengan jalan peperangan. Ucapan Mohamad Sabu ini dihadapan pemimpin pemimpin Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), China, Russia dan negara negara lain yang turut menyertai Konferen tersebut.

Ucapan beliau itu adalah pendirian yang jelas Malaysia yang menolak sebarang campur tangan asing dan sebarang pertembungan di Laut China Selatan. Namun mengapakan selepas dua bulan daripada Konferen tersebut berlakunya pertembungan serius diantara kapal kapal perang AS dan China di Laut China Selatan. Lebih mendukacitakan ia berlaku dalam wilayah Malaysia. Adakah pertembungan ini sebagai satu usaha kuasa kuasa besar untuk melihat pendirian kerajaan baru Malaysia?

Haris Alimudin
AJK AMANAH NASIONAL

COMMENTS