Kantoi! Tubuh Jawatankuasa hanya helah Muhyiddin – Peguam

Kantoi! Tubuh Jawatankuasa hanya helah Muhyiddin – Peguam

Haniff Khatri Abdulla mendakwa cadangan Muhyiddin Yassin untuk tubuh Jawatankuasa bagi meneliti sidang parlimen merupakan langkah perdana menteri untuk melengahkan pandangan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut peguam kanan itu sebenarnya langkah yang diambil kerajaan sekarang tidak perlu dibuat jika cadangan yang dikemukakan kepada mereka seawal lapan bulan lalu diterima.

“(Ia juga adalah) alasan cetek untuk Muhyiddin menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti isu persidangan Dewan Rakyat yang cuma akan melengahkan pematuhan kepada titah diraja (dan ia) pun dapat dielakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tubuh Jawatankuasa hanya helah Muhyiddin

Haniff berkata ahli parlimen Pagoh itu sewajarnya menetapkan tarikh persidangan Dewan Rakyat dengan jelas dan segera, bukannya tampil dengan “taktik licik”.

Katanya kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun juga wajib menjawab persoalan mengapakah tiada usaha diambil lebih awal sebelum ini untuk menyediakan parlimen bersidang.

Semalam, Muhyiddin berkata sebarang keputusan untuk membuka semula sidang parlimen akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa membabitkan wakil kerajaan dan pembangkang.

Sebelum ini, pembangkang mengadu mereka dikecualikan daripada jawatankuasa tersebut dan wujud kebimbangan parlimen hibrid yang dicadangkan untuk dilaksanakan sekadar menjadi “rubber stamp”.

Gesaan agar parlimen dibuat sejak awal lagi iaitu sejurus selepas darurat diisytiharkan oleh Muhyiddin 12 Jan lalu. Ia berkuat kuasa mulai sehari sebelum itu dan boleh berlanjutan sehingga 1 Ogos atau selepasnya.

Desakan untuk mengembalikan sidang parlimen dibuat atas pelbagai alasan, termasuk perlunya mekanisme semak dan imbang terhadap semua tindakan kerajaan menangani negara berdepan dengan Covid-19.

Darurat membolehkan perlembagaan serta parlimen digantung.

Isu pembukaan semula parlimen semakin kuat menekan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Raja-raja Melayu menyatakan pandangan bahawa ia wajar dilaksanakan “secepat mungkin”.

Pandangan itu dibuat pada 16 Jun selepas Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan perbincangan khas di Istana Negara.

Haniff Khati berkata memang sejak tahun lalu – atau lapan bulan lepas – lagi kerajaan PN sengaja melengahkan persidangan Dewan Rakyat sehingga ke tempoh Belanjawan 2021 dibentangkan.

Katanya semasa itu pelbagai pihak mendesak agar Azhar mengambil langkah perlu bagi mendraf segera pindaan yang perlu kepada Peraturan Majlis Mesyuarat dewan Rakyat bagi memasukkan bab baru yang membolehkan sidang secara maya dibuat.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/579809