Kantoi !!! Siaran langsung pukul 9 malam, tapi jam tangan Muhyiddin tunjuk pukul 6

Kantoi !!! Siaran langsung pukul 9 malam, tapi jam tangan Muhyiddin tunjuk pukul 6

Hari ini kecoh di media sosial orang ramai membincangkan bual bicara Perdana Menteri Malaysia berkait PKp dan pengurusan Covid-19 di Malaysia.

Sudah tentu fokus rakyat Malaysia adalah untuk mendengar penjelasan dari mulut Perdana Menteri sendiri mengapa PKP penuh tidak dilaksanakan ketika negara sedang bergelut dengan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Program bual bicara yang dikatakan berlangsung jam 9 malam secara Live itu menampilkan Perdana Menteri dengan dua hos disiarkan di RTM 1, Tv Bernama dan juga beberapa siaran Live FB stesen TV lain.

Bagaimanapun dipertengahan bual bicara, netizen mula menghidu sesuatu yang mencurigakan dengan jam ditangan Muhyiddin.

Jam tangan beliau bila dizoom secara jelas menunjukkan jaru pendek berada pada angka 6 dan jarum panjang berada sekitar angka 12.

Netizen mula berspekulasi bahawa rancangan tersebut adalah rakaman kerana petunjuk dari jam tangan Muhyiddin menunjukkan ia dirakam sekitar jam 6 petang.

Tiada penjelasan lanjut dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri setakat ini. Netizen terus berspekulasi.

Live atau rakaman, program malam tadi adalah satu-satunya sesi temubual bersama Perdana Menteri yang boleh diikuti oleh rakyat negara ini setelah lama menyepi dari Perutusan Khas.

Rakyat juga mungkin menunggu berita gembira dalam bentuk bantuan kepada rakyat dalam sesi semalam.

No photo description available.

Sumber: