Kantoi !!! Remaja ceroboh rumah yang dihuni 3 anggota polis

Kantoi !!! Remaja ceroboh rumah yang dihuni 3 anggota polis

Seorang remaja yang mabuk terkejut apabila terjaga daripada tidur dan mendapati dia berada di sebuah rumah dihuni oleh tiga timbalan syerif.

Remaja itu menceroboh sebuah rumah di Milwaukee yang disewa menerusi platform Airbnb dan terkejut apabila mendapati ia disewa oleh polis.

New York Post melaporkan, polis berkenaan dari Montana dan mereka berada di bandar itu untuk latihan kecemasan.

Ketika kejadian, mereka terjaga daripada tidur dan melihat pintu belakang rumah itu terbuka.

Ketika mereka naik ke tingkat atas, mereka mendapati lelaki berusia 19 tahun itu sedang tidur, jelas mereka dalam satu video TikTok.

“Orang bodoh masuk ke dalam satu (unit rumah) Airbnb di pusat bandar Milwaukee, Wisconsin yang dipenuhi dengan polis.

“Dia bangun dalam keadaan tangan bergari,” kata salah seorang timbalan syerif dalam video tular itu.

Polis berkenaan kemudian menghubungi talian kecemasan 911 untuk melaporkan penceroboh berkenaan.

Mereka menjelaskan kepada polis Milwaukee dia tidak tahu dari mana asal remaja itu.

Polis tempatan mengeluarkan remaja itu dari tempat penginapan itu tetapi dia tidak menghadapi sebarang dakwaan.

Pihak berkuasa memberitahu WKYT remaja itu hanya mabuk dan berada di salah tempat.

Charles Pesola, salah seorang timbalan syerif itu mengatakan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana dia masuk ke rumah dipenuhi polis.

Dia menjelaskan dia memuat naik video TikTok mengenai pengalaman itu untuk menunjukkan polis juga mengamalkan timbang rasa dalam isu tertentu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/06/714756/remaja-tersilap-ceroboh-rumah-dihuni-polis