Kantoi!! Menteri jadikan PTI bahan ugutan dalam kempen PRN Sabah

Kantoi!! Menteri jadikan PTI bahan ugutan dalam kempen PRN Sabah

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempertikai kenyataaan Menteri Dalam Negeri yang seolah-olah mengugut untuk tidak menghantar balik pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah jika kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ini berkata, kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu ceramah di Kiulu itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri.

“Semasa berucap, dia katakan dia mempunyai kuasa menghantar PTI tapi kena menangkan Joniston dulu. Kalau Joniston kalah, buat apa hantar balik PTI dari Sabah.

“Menghantar balik PTI dari Sabah adalah salah satu kewajipan dan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Sekiranya orang asing yang tiada pasport atau pasport tamat tempoh, adalah menjadi tanggungjawab kepada KDN untuk mengusir mereka keluar,” katanya semasa berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat Bengkoka, di Kampung Mangkapon, di sini hari ini.

Beliau berkata, adakah itu bermakna jika Joniston Bangkuai tidak menang, Sabah akan terus dibanjiri PTI.

Madius berkata, jika menjadi kerajaan janganlah menjadi kerajaan yang bersyarat.

Jika ingin membantu menyelesaikan isu PTI di Sabah, selesaikan dengan sebaiknya kerana soal keselamatan memang tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Madius berkata, Hamzah seolah-olah tidak ikhlas dalam membantu menyelesaikan isu PTI di negeri ini.

Katanya, parti Perikanan Nasional (PN) sebegini tidak layak mendapat sokongan dan undi rakyat.

Sumber : https://www.borneotoday.net/menteri-dalam-negeri-ugut-tidak-hantar-balik-pti-jika-kalah/

COMMENTS