Kantoi !!! Kutipan derma ikat jamin food riders kena tahan, Polis kata mana ada ikat jamin dikenakan….

Kantoi !!! Kutipan derma ikat jamin food riders kena tahan, Polis kata mana ada ikat jamin dikenakan….

Kenyataan di media sosial berhubung kutipan wang Tabung Kilat untuk menjamin penghantar makanan yang ditahan akibat pergaduhan di Sungai Way adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihak polis tidak pernah mengenakan atau meminta bayaran bagi ikat jamin terhadap Orang Kena Tangkap (OKT).

“Laporan polis dibuat susulan pengadu yang juga anggota polis terbaca muat naik di laman media sosial Facebook di akaun Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam berkaitan Tabung Kilat tersebut.

“Muat naik itu menyatakan lima penghantar makanan ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah dan mereka perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 seorang.

“Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun yang disertakan dipercayai milik persatuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan insiden penahanan sekumpulan penghantar makanan dan seorang pelanggan yang terlibat dengan pergaduhan di Sungai Way.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhruddin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Sekysen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihat orang ramai jangan mudah terpedaya dengan sebarang muat naik melibatkan nama PDRM yang meminta derma daripada mana-mana individu atau persatuan,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pergaduhan-sungai-way-polis-tidak-pernah-minta-bayaran-ikat-jamin-okt-302942