[VIDEO] Kantoi !!! Kilang Carlsberg terus ‘berasap’ walaupun lockdown, dedah netizen

[VIDEO] Kantoi !!! Kilang Carlsberg terus ‘berasap’ walaupun lockdown, dedah netizen

Tular di media sosial harini berkenaan dengan satu video yang menunjukkan kilang arak Carlsberg yang masih beroperasi.

Pada 1 Jun yang lepas, kerajaan dalam satu kenyataannya mengesahkan kilang arak telah pun ditutup.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, MKN hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan lepas.

Namun harini, seorang pemuda telah merakam pemandangan dari rumahnya yang menunjukkan Kilang Carlsberg masih beroperasi seperti biasa.

Video yang diambil pada 18 Jun 2021 pada pukul 7.45 pagi itu melihatkan asap yang keluar cari corong kilang dan sekumpulan pekerja yang keluar masuk memandu truck.

Sumber:https://themalaysialife.com/gempar-video-ini-jadi-bukti-kilang-arak-masih-dibenarkan-beroperasi-waktu-pkp/