Kantoi !!! Jururawat ni pura-pura suntik vaksin kepada 45 antivaksin

Jururawat ni pura-pura suntik vaksin kepada 45 antivaksin.Demi wang, seorang jururawat lelaki di Itali tergamak menawarkan vaksin palsu kepada golongan antivaksin.

Dia didakwa berpura-pura melakukan suntikan ke atas sekurang-kurangnya 45 individu sebelum membuang vaksin itu dalam tong sampah.

Susulan kejadian, polis menahan lelaki itu bersama empat lagi yang bersubahat dalam aktiviti terbabit.

Ia selepas polis berjaya mendedahkan skim terbabit yang membenarkan antivaksin membayar bagi mendapatkan pas kesihatan tanpa sebarang suntikan.

Polis di pantai timur Ancona, merakam pengakuan jururawat yang bertugas di hab vaksin terbesar di bandar itu yang mengaku dia membuang cecair dan jarum sebelum berpura-pura menyuntik lengan pesakit.

Polis berkata, suspek dilihat meletakkan pembalut pada lengan individu berkenaan supaya tiada siapa akan mengesyaki penipuan itu.

“Kira-kira 45 orang yang didakwa menerima pas sedang disiasat, dikehendaki mendaftar masuk setiap hari dengan polis dan dihalang meninggalkan bandar mereka,” kata polis dalam satu kenyataan.

Jururawat ni pura-pura suntik vaksin kepada 45 antivaksin

Katanya, skim vaksinasi palsu itu membazirkan sumber asas awam.

Suspek didakwa melakukan rasuah, memalsukan maklumat dan penyelewengan.

Sebanyak 86 peratus daripada populasi Itali yang berumur lebih 12 tahun lengkap divaksin, manakala 60 peratus yang layak sudah menerima dos penggalak masing-masing.

Pas kesihatan sedang diperkenalkan di negara seluruh Eropah, mengakibatkan pelbagai skim penipuan vaksinasi wujud.

Penjual dalam talian menawarkan sijil pelbagai negara termasuk Portugal, Perancis dan United Kingdom yang semuanya memerlukan bukti vaksinasi untuk mendapatkan akses ke tempat tertentu.

BACA JUGA : Polis dedah kisah sebenar remaja ditangkap curi tabung masjid
8 perkara yang akan buatkan wajah nampak tua daripada usia
Ini 10 sebab mengapa berbaloi tunggu 6 bulan untuk dapatkan Proton X50

Artikel ini disiarkan pada 14/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)