Kantoi !!! Dr Noor Hisham pun tak ikut SOP waktu majlis kahwin anak sepupu?

Kantoi !!! Dr Noor Hisham pun tak ikut SOP waktu majlis kahwin anak sepupu?

Pada hujung minggu yang lalu, anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya.

Semasa majlis perkahwinan tersebut berlangsung, sesi gambar bersama keluarganya secara beramai-ramai telah diadakan.

Gambar keluarganya itu lantas menjadi tular di media sosial. Ini kerana terdapat warganet yang mempersoalkan berkenaan seakan mereka tidak mematuhi SOP kerana tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial ketika sesi bergambar itu diadakan.

Menyedari berkenaan perkara itu, Tan Sri Dr Noor Hisham telah menjawab persoalan yang diajukan warganet tersebut dengan menyatakan bahawa individu yang ada di dalam gambar tersebut adalah merupakan ahli keluarganya sahaja dan menegaskan yang tiada orang luar pun yang mengambil bahagian dalam sesi gambar itu.

Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas.

Beliau juga turut menyatakan bahawa sesi bergambar yang dilakukan di atas pentas itu hanyalah untuk dalam masa yang singkat sahaja.

Berita penuh : https://siakapkeli.my/2021/03/22/dipersoal-seperti-tiada-sop-tak-pakai-facemask-ketika-bergambar-ini-jawapan-dr-noor-hisham/?