Kantoi!!!! Dakwa “Kebal” guru ini tewas dengan satu tumbukan

Kantoi!!!! Dakwa “Kebal”  guru ini tewas dengan satu tumbukan

Seorang pengamal seni bela diri ‘ilmu laduni’ bernama Yuli Mulyana, mendapat perhatian netizen di Indonesia apabila dia menyahut cabaran berlawan bersama seorang YouTuber, Marcel Radhival kerana ingin membuktikan bahawa ilmu itu benar-benar kebal. Aksi perlawanan itu dirakam dan dimuat naik ke saluran YouTuber berkenaan.

Ilmu laduni sudah lama popular di Indonesia. Ia kebal atas bantuan kuasa yang bersumberkan kekuasaan Tuhan dan dipercayai merupakan ilmu yang pernah dimiliki salah seorang ahli Wali songo iaitu Sunan Kalijaga.

Lantaran itu, Marcel ingin membuktikan sama ada ilmu ini benar-benar kebal atau palsu. Untuk tujuan itu, dia telah menghubungi Yuli Mulyana selaku ‘master’ dalam ilmu ini dan pengasas kelab ‘Perisai Bathin’ untuk berjumpa dan berlawan dengannya.

Dalam video itu, Yuli kelihatan begitu yakin dengan kehebatan ilmu laduni miliknya itu. Beliau berkata kepada Marcel bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh tubuhnya dan pihak musuh akan terpelanting ke belakang lalu terkaku dan pengsan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marcel Radhival (@marcelradhival1)

Aksi perlawanan itu dimulakan dengan serangan penumbukan Marcel ke arah perut Yuli. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila tiada kesan ‘Aura Apel’ yang berlaku kepada Marcel setelah tiga kali beliau berjaya menumbuk tepat ke arah perut Yuli.

Tidak berpuas hati, Yuli meminta seorang lelaki yang juga ahli kelab Perisai Bathin untuk berlawan dengannya. Belum sempat lagi menumbuk ke arah Yuli, lelaki itu sudah terpelanting ke belakang lalu badannya terkaku pengsan. Yuli mengatakan bahawa itu merupakan cara kuasa ‘Aura Apel’ berlaku.

Namun begitu, ilmu ini tetap dikatakan palsu setelah Marcel mencuba pula sepakan ke arah Yuli sewaktu perlawanan pusingan kedua. Seperti juga tumbukan, Marcel dapat menendang tepat Yuli tanpa terhenti atau terpelanting ke belakang.

@mcdojolifeNo touch master gets called out ##GodzillaVsKongRoar ##mma ##indonesia ##mcdojolife♬ original sound – McDojoLife

Marcel mempunyai teorinya yang tersendiri mengapa semua ini boleh berlaku. Menurutnya, Yuli menggunakan ilmu hipnotis kepada pengikutnya dan disebabkan itu, mereka tidak boleh memukulnya. Marcel yang tidak berada dalam hipnotis Yuli tidak terkesan dengan Perisai Bathin.

Ternyata kekebalan ilmu ini hanya tertakluk kepada pengikut Yuli sahaja dan tidak kepada orang luar (asing) seperti Marcel. Namun dalam video ini, Perisai Bathin Yuli Mulyana tewas dengan serangan Marcel.

Sumber:https://www.thevocket.com/dakwa-perisai-halimunan-kebal-guru-ini-tewas-dengan-tumbukan-youtuber-indonesia/